Premium
'Gred A+' bagi persembahan bersejarah atlit Singapura
Aug 21, 2016 | 5:30 AM

POSITIF: Ketua kontinjen Singapura, Low Teo Ping (kiri), turut gembira semua atlit negara selamat menamatkan acara masing-masing. - Foto fail -
MEMBERIKAN 'gred A+', chef-de-mission kontinjen Singapura di Sukan Olimpik Rio ini, Low Teo Ping, memuji prestasi bersejarah atlit negara yang bertanding di temasya kali ini.
Dalam taklimat pos temasya kepada media Singapura yang berlangsung di Rio kelmarin, Low turut melahirkan kegembiraan melihat kesemua 25 atlit menamatkan acara mereka tanpa sebarang insiden, memandangkan temasya Rio yang bermula sejak 5 Ogos lalu dibayangi pelbagai cabaran termasuk isu kesihatan dan keselamatan.

