Premium
Foto memalukan: Rooney mohon maaf
Nov 18, 2016 | 5:30 AM
ROONEY: Telah ke majlis perkahwinan tanpa diundang dalam keadaan mabuk di hotel tempat beliau menginap. - Foto AFP -
LONDON: Kapten England, Wayne Rooney, kelmarin memohon maaf kepada pengurus sementara, Gareth Southgate, dan pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak (FA) England, Dan Ashworth, selepas penyiaran beberapa gambar yang memalukan di hotel tempat skuad England menginap.
Rooney telah disertakan dalam kesebelasan pertama England yang menewaskan Scotland 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Wembley Jumaat lalu.

