Topik diikuti
Pergi ke BHkuFifa 'ragu-ragu' langkah mulakan semula liga bola sepak

Fifa 'ragu-ragu' langkah mulakan semula liga bola sepak
LONDON: Pengerusi jawatankuasa perubatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) menyatakan beliau agak "ragu-ragu" berkaitan langkah mahu memulakan semula liga bola sepak semasa pandemik koronavirus Covid-19 ini.
Malah, Dr Michel D'Hooghe berkata penganjur pertandingan seharusnya memberi tumpuan untuk bersedia menganjur musim pertandingan akan datang.
