Topik diikuti
Pergi ke BHkuFC Jurong ikat kerjasama dengan syarikat pelaburan dari India, SKASports
FC Jurong ikat kerjasama dengan syarikat pelaburan dari India, SKASports
FC Jurong ikat kerjasama dengan syarikat pelaburan dari India, SKASports
Albirex Niigata FC (Singapura) telah mengikat perjanjian dengan syarikat pelaburan sukan berpangkalan di Chennai, India antara lain untuk meneroka peluang pertumbuhan di negara itu.
Perjanjian antara Albirex yang bakal menukar nama menjadi FC Jurong mulai musim depan itu dengan SKASports Investments Private Limited itu diumumkan di sidang media yuang diadakan di Stadium Jurong East pada 16 Mei.
Kelab Liga Perdana Singapura itu, menerusi kenyataan media berkata SKASports akan mengambil alih sebahagian minoriti dalam syarikat NSG Global Pte Ltd, syarikat induk dan operasi FC Jurong.
Menulis di Facebook, Albirex juga berkata:
“Menerusi kerjasama ini, FC Jurong bertujuan membangun model pertumbuhan baru yang menggabungkan pengetahuan kami dalam operasi bola sepak peringkat kelab dan pembangunan pemain dengan rangkaian dan potensi pertumbuhan SKASports di India.”
SKASports, yang berpangkalan di Chennai, dimulakan pada 2023 oleh Rohit Ramesh dan Sudhir Menon. Selain melabur dalam Albirex Niigata (Singapura), ia juga melabur dalam Angkor Tiger FC di Kemboja.
Rohit ialah pemegang saham dan pengarah The Hindu Media Group, penerbit akhbar The Hindu, antara akhbar berbahasa Inggeris utama di India yang dimulakan pada 1878.
