Premium
Emas ke-19 bagi Phelps
Tiga rekod dunia turut dipecahkan di Pusat Akuatik Olimpik
Aug 9, 2016 | 5:30 AM
RIO DE JANEIRO: Pelbagai rekod dunia dicipta di kolam renang Sukan Olimpik Rio di sini kelmarin yang turut menyaksikan jaguh Amerika Syarikat, Michael Phelps memenangi pingat emasnya yang ke-19 dalam sejarah temasya sukan ini.
Tiga rekod dunia tercipta - Katie Ledecky dalam perlumbaan 400 meter gaya bebas wanita, Adam Peaty dalam 100 meter kuak dada lelaki, dan Sarah Sjostrom dalam perlumbaan 100 meter kupu-kupu wanita.

