SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Ella Toone ‘ayam tambatan’ England

Ella Toone ‘ayam tambatan’ England

Aug 20, 2023 | 5:30 AM

Ella Toone ‘ayam tambatan’ England

PEMAIN ‘AZIMAT’: Penyerang England Ella Toone meraikan golnya menentang Australia dalam separuh akhir Piala Dunia Wanita pada Rabu.
PEMAIN ‘AZIMAT’: Penyerang England Ella Toone meraikan golnya menentang Australia dalam separuh akhir Piala Dunia Wanita pada Rabu. - Foto AFP

Manchester United memberi Chelsea saingan sengit sepanjang perlumbaan gelaran Liga Super Wanita (WSL) musim lalu dan penyebab utamanya ialah Ella Toone. 

Penyerang berusia 23 tahun itu terkenal ketika menjaringkan gol pembukaan dalam final Euro 2022 dan menghasilkan persembahan yang serupa dalam kemenangan sepakan penalti yang menentukan kemenangan ke atas Brazil dalam Finalissima 2023 pada April.

Namun, di sebalik kekuatannya untuk meledakkan gol, Toone juga seorang pemain yang cerdik dan mampu mengumpan gol setelah membuat lapan ‘assist’ dalam musim 2022/2023 WSL. Hanya empat pemain yang berjaya melakukan lebih daripadanya. 

Beliau adalah pemain ‘azimat’ jurulatih Sarina Wiegman dalam tempoh 30 minit terakhir perlawanan sebagai pemain gantian musim panas lalu tetapi tampil cemerlang apabila England memerlukannya menentang Australia dalam separuh akhir Piala Dunia. 

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg