SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Daniil Medvedev langkah ke separuh akhir ATP

Daniil Medvedev langkah ke separuh akhir ATP

Nov 17, 2023 | 11:33 AM

Daniil Medvedev langkah ke separuh akhir ATP

CATAT KEMENANGAN: Daniil Medvedev melangkah ke separuh akhir ATP selepas menundukkan lawannya, Alexander Zverev.
CATAT KEMENANGAN: Daniil Medvedev melangkah ke separuh akhir ATP selepas menundukkan lawannya, Alexander Zverev. - Foto AFP

TURIN (Italy): Daniil Medvedev berjaya langkah ke separuh akhir ATP, sementara Carlos Alvaraz mencerahkan terus harapannya dalam penampilan sulung beliau dalam pertandingan itu selepas mengatasi lawannya.

Medvedev dari Russia menewaskan Alexander Zverev dari Jerman, 7-6 (9-7) 6-4. 

Alcaraz yang merupakan juara Wimbledon tewas kepada Zverev dalam perlawanan pembukaan Kumpulan Merah namun dalam permainan selanjutnya, pemain asal Sepanyol itu kembali menundukkan Andrey Rublev dari Russia.

Medvedev gagal catat kemenangan dalam tiga perlawanan kumpulan pada 2022 namun kali ini membuat kemajuan besar di Turin, menyusuli kemenangan ke atas Rublev menerusi straight-set.

Beliau jadi pemain pertama melangkah ke separuh akhir.

ATP memaparkan lapan pemain lelaki terhandal pada 2023 dan dibahagikan kepada dua kumpulan (empat pemain dalam setiap kumpulan), dengan dua pemain daripada setiap kumpulan akan melangkah ke separuh akhir.

Djokovic merupakan juara bertahan namun dikejutkan apabila tewas di tangan Jannik Sinner dari Italy.

Sementara itu dalam perlawanan berpasangan, pemain Britain, Joe Salisbury dan pemain Amerika, Rajeev Ram melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan Neal Skupski dari Britain dan Wesley Koolhof dari Belanda, 6-3, 3-6, dan 10-7.

Skupski dan Kolhof kini perlu menang perlawanan terakhir kumpulan mereka apabila bertemu Rohan Bopanna dari India dan Matthew Ebden dari Australia, sekiranya mahu melangkah ke separuh akhir. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg