Premium
City beri tumpuan suku akhir Piala FA
Jun 26, 2020 | 5:30 AM
ALIH TUMPUAN: Guardiola berkata pasukannya akan memberikan tumpuan penuh kepada aksi perlawanan Piala FA menentang Newcastle Ahad ini dan menyifatkannya sebagai perlawanan lebih penting berbanding perlawanan EPL. - Foto EPA-EFE -
LONDON: Pep Guardiola akur bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada perlawanan suku akhir Piala FA menentang Newcastle Ahad ini.
Dengan Liverpool semakin hampir digelar juara musim ini dan tempat empat pasukan teratas kini terjamin untuk pasukannya, Guardiola mengesahkan dua pertandingan utama yang masih City beraksi lebih penting dari perlawanan Liga Perdana England (EPL) buat masa ini.

