Topik diikuti
Pergi ke BHkuChelsea nak bersaing dengan kelab terbaik liga: Lampard
Pengurus tekankan tiba masa pasukan langkah lebih jauh dengan pelaburan besar, lepas menang 3-1
1 of 2
Chelsea nak bersaing dengan kelab terbaik liga: Lampard
LONDON: Pengurus Chelsea, Frank Lampard, berkata pasukannya, yang dibangunkan musim ini menerusi pelaburan besar, menunjukkan ia mahu bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik Liga Perdana England (EPL), termasuk juara Liverpool, setelah membuka tirai musim ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Brighton.
Chelsea mengakhiri musim lalu 33 mata di belakang Liverpool, sekali gus mendorong kelab itu membelanjakan lebih £200 juta ($350 juta) musim ini untuk memperkukuh skuad.
