Topic followed successfully
Go to BHkuCharouck, Halim kekalkan jawatan dalam Istaf
Premium
Charouck, Halim kekalkan jawatan dalam Istaf
Dec 23, 2017 | 5:30 AM
Charouck, Halim kekalkan jawatan dalam Istaf

TENAGA VETERAN: Jeneral Charouck (kiri) kekal sebagai presiden manakala Halim (kanan) dilantik semula setiausaha agung badan sukan sepak takraw di peringkat antarabangsa. - Foto-foto FACEBOOK, fail -
DUA tenaga veteran berpengalaman akan terus berganding bahu bagi menerajui Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dalam usaha mencapai matlamat utama melihat sukan tradisi ini dipertanding di Sukan Olimpik.
Ini menyusuli pemilihan semula presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) Abdul Halim Kader dan presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) Jeneral Charouck Arirachakaran masing-masing bagi mengisi jawatan setiausaha agung dan presiden Istaf di kongres Istaf yang berlangsung sempena kejohanan Piala Raja Thai baru-baru ini.

