Topik diikuti
Pergi ke BHkuBrazil lancar tugu Pele bagi sambutan 50 tahun kejuaraan 1970
Brazil lancar tugu Pele bagi sambutan 50 tahun kejuaraan 1970
RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) melancarkan tugu Pele di ibu pejabatnya kelmarin, iaitu acara pertama daripada barisan acara yang akan diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 kemenangan Piala Dunia pasukan itu pada Jun ini.
Pele, yang akan menyambut ulang tahun ke-80 pada Oktober ini dan kini mengalami kesukaran berjalan, tidak hadir di majlis pelancaran di muzium CBF itu namun telah diberikan previu untuk melihat tugunya, yang beliau menggambarkan sebagai "sempurna".
