Premium
Bolt terlalu hebat
Kejayaan 200m adalah emas kedua di temasya Rio ini, jadikan koleksinya di Olimpik kepada 8 emas dan hidupkan impian buru 'triple triple'
Aug 20, 2016 | 5:30 AM
RIO DE JANEIRO: Terlalu pantas dan terlalu hebat, Usain Bolt menghidupkan impiannya memenangi 'triple triple' (tiga pingat emas di tiga edisi Sukan Olimpik) selepas mengatasi pesaing lain dengan mudah dalam final perlumbaan pecut 200 meter semalam.
Jaguh Jamaica itu memenangi emas keduanya di Olimpik Rio ini apabila melintasi garisan penamat dalam masa 19.78 saat.


