Topic followed successfully
Go to BHkuBolt pahat nama legenda sukan dunia
Premium
Bolt pahat nama legenda sukan dunia
Jaguh Jamaica penuhi impian menang tiga emas di setiap tiga edisi Olimpik
Aug 21, 2016 | 5:30 AM
Bolt pahat nama legenda sukan dunia
RIO DE JANEIRO: Usain Bolt melabuhkan tirai kerjaya Olimpik dengan memahat namanya dalam senarai legenda sukan dunia selepas menggondol pingat emas kesembilan lewat kelmarin (waktu Brazil) - menerajui pasukan Jamaica menjuarai perlumbaan relay 4x100 meter dan menyempurnakan impian mencatatkan 'triple triple' (tiga emas di tiga edisi Sukan Olimpik) di temasya Rio ini.
Menyambut hari lahirnya yang ke-30 tahun hari ini, Bolt - yang dianggap sebagai pelumba pecut terhebat dalam sejarah sukan itu - melintasi garisan penamat acara terakhirnya itu dengan masa 37.27 saat, mencetuskan sorakan gamat yang menggegarkan Stadium Olimpik Rio ini.

