Topik diikuti
Pergi ke BHkuPodolski dijangka sertai JDT
Premium
Podolski dijangka sertai JDT
Podolski dijangka sertai JDT
PUTERA TEMUI PUTERA: Podolski (kiri) bergambar dengan Tunku Ismail semasa lawatannya ke Johor Darul Takzim pada 15 Januari lalu. - Foto JOHOR SOUTHERN TIGERS FACEBOOK -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 18, 2020 | 5:30 AM
JOHOR BAHRU: Pablo Aimar, Bosko Balaban, George Boateng dan Luciano Figueroa - kumpulan pemain bola sepak bertaraf bintang yang telah beradu bakat dalam Super Malaysia, mungkin bertambah anggota tidak lama lagi.
Media sosial menjadi ribut kelmarin selepas juara bertahan liga, Johor Darul Takzim (JDT), tampak semakin hampir mendapatkan tandatangan bintang Jerman Lukas Podolski.
