Bintang, peminat bola keranjang kenang kehidupan Kobe Bryant
Premium
Bintang, peminat bola keranjang kenang kehidupan Kobe Bryant
Feb 26, 2020 | 5:30 AM
MENGENANG RAKAN SEPERMAINAN: Pemain bola keranjang terkemuka Amerika Syarikat, Shaquille O'Neal, antara mereka yang menghadiri memorial "Perayaan Kehidupan" di Staples Center, tempat di mana Bryant telah berada dalam kerjaya 20 musim dengan Los Angeles Lakers. - Foto AFP -
LOS ANGELES: Ramai bintang bola keranjang bersama ribuan peminat Kobe Bryant berkumpul di Los Angeles kelmarin untuk memberi penghormatan terakhir kepada bintang NBA yang unggul itu, anak perempuannya dan tujuh lagi yang meninggal dunia bulan lalu dalam kemalangan helikopter yang mengejutkan dunia sukan.
Michael Jordan, Magic Johnson dan bekas rakan sepasukan Bryant, Shaquille O'Neal adalah antara mereka yang menghadiri memorial "Perayaan Kehidupan" di Staples Center, tempat di mana Bryant telah berada dalam kerjaya 20 musim dengan Los Angeles Lakers.

