Bola jaring: S'pura hadapi saingan sengit sebelum tewaskan Brunei
Premium
Bola jaring: S'pura hadapi saingan sengit sebelum tewaskan Brunei
Nov 28, 2019 | 5:30 AM
MANILA, FILIPINA: Pasukan bola jaring Singapura terpaksa bermandi peluh untuk meraih kemenangan 62-38 ke atas Brunei di Kompleks Sukan Santa Rosa di Laguna petang semalam.
Ancaman serangan Brunei, iaitu pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2015 dan 2017, hampir menghalang pasukan negara daripada merakam kemenangan kedua mereka di Sukan SEA ke-30 di Filipina.

