SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Biasiswa sukan bagi atlet muda dibuka

Biasiswa sukan bagi atlet muda dibuka

Jan 1, 2020 | 6:15 PM

Biasiswa sukan bagi atlet muda dibuka

2163240e-b1e7-4f7c-a8ea-b969bfbe3f66
- Foto Thiruben Thana Rajan

ATLET muda boleh memohon bagi Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim mulai esok.

Mereka boleh menghantar permohonan menerusi laman web SOF di www.sof.sg sebelum 4 petang, 31 Januari ini.

Biasiswa itu ditawarkan dengan empat kategori, dengan jumlah wang tunai yang berbeza.

Murid sekolah rendah diperuntukkan $1,000; pelajar sekolah menengah $2,000; pelajar maktab rendah, program bersepadu (IP) serta pengajian tinggi $3,000 manakala peserta progra prestasi tinggi bawah-18 tahun $5,000.

Pemohon antara lain perlu memenuhi kriteria seperti mencapai keputusan konsisten dalam pertandingan sukan relevan.

Semua kategori kecuali kategori bagi peserta program prestasi tinggi bawah-18 tahun mengambil kira pendapatan keluarga penerimanya.

Sejauh ini, lebih 2,600 biasiswa berjumlah lebih $7.2 juta telah diagihkan kepada atlet muda setempat.

Kebanyakan mereka daripada keluarga susah dan mempamerkan potensi untuk cemerlang dalam sukan yang mereka ceburi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg