Topik diikuti
Pergi ke BHkuBen Davis kejar pembangunan kerjaya profesional, bukan kepentingan nasional: Mindef

Ben Davis kejar pembangunan kerjaya profesional, bukan kepentingan nasional: Mindef
KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) semalam mengeluarkan kenyataan media menjelaskan keputusannya untuk tidak memberikan pemain bola sepak berusia 17 tahun Ben Davis, yang telah menandatangani kontrak profesional dengan kelab Liga Perdana Inggeris Fulham, penangguhan Perkhidmatan Negara (NS).
"Mindef mengiktiraf pencapaian Benjamin Davis dalam mendapatkan kontrak kanan dengan Kelab Bolasepak Fulham (FC)," kata kenyataan itu.
