Topic followed successfully
Go to BHkuBekas penjaga gol West Brom, Tony Godden, meninggal dunia
Bekas penjaga gol West Brom, Tony Godden, meninggal dunia
Bekas penjaga gol West Brom, Tony Godden, meninggal dunia
LONDON: Seorang tokoh yang sangat popular di West Bromwich Albion, Tony Godden, dan telah membuat 228 penampilan berturut-turut buat kelab itu – masih satu rekod kelab – telah meninggal dunia pada 30 Mac, pada usia 70 tahun.
Pemain itu telah bermain sejumlah 329 kali buat kelab itu.
Godden bermain dengan West Brom selama sembilan tahun, antara 1977 dengan 1986, dan kerjayanya kemudiannya termasuk bermain di Chelsea dan Birmingham City.
West Brom berkata kelab itu “sangat sedih” dengan pemergian Godden dan “ingatan semua orang di Albion bersama rakan-rakan, keluarga dan orang tersayang Godden pada masa yang tragis ini.”
Penghormatan kepada Godden dirancang untuk perlawanan di tempat sendiri pada 3 April menentang Wrexham.
Sementara itu, Chelsea berkata mereka “sangat sedih” dengan pemergian Godden, yang membuat 38 penampilan untuk kelab London itu dari 1986 hingga 1987.
Beliau menyelamatkan dua sepakan penalti dalam kemenangan Chelsea 1-0 menentang Manchester United di Old Trafford pada September 1986.
West Brom menyatakan bahawa Godden dilahirkan di Gillingham dan menyertai kelab tersebut sebagai seorang pemain muda dari Ashford.
Menyedari bakatnya, pengurus ketika itu, John Giles, telah meminjamkannya ke Preston North End. Alan Kelly merupakan jurulatih ketika itu.
Kelly, yang namanya menghiasi salah satu tempat duduk penonton Deepdale, merupakan penjaga gol yang baik dan pembantu Giles bersama Republik Ireland.
Pada zaman sebelum menjadi jurulatih penjaga gol, Giles menyedari bahawa pengalaman bekerja dengan Kelly akan mengasah kemahiran Godden sehingga beliau bersedia untuk menggantikannya sebagai pengganti Ossie.
Menjelang akhir musim kedua dan terakhirnya di West Brom, Giles memutuskan bahawa Godden yang berusia 21 tahun ketika itu, sudah bersedia.
Sejak itu bintang Godden semakin cerah dan diingati sebagai antara penjaga gawang terbaik bagi West Brom. – Agensi berita.

