Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay bida bersama Piala Dunia 2030
Premium
Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay bida bersama Piala Dunia 2030
Feb 16, 2019 | 5:30 AM
REPLIKA PIALA: Replika Piala Dunia dilihat di sebuah kedai di Souk Waqif, Doha, Qatar. Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 yang akan menyaksikan FIFA menambah kepada 48 pasukan. - Foto Reuters -
SANTIAGO: Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay akan mengemukakan bidaan bersama untuk menjadi hos Piala Dunia 2030, kata Presiden Chile, Encik Sebastian Pinera.
Argentina, Paraguay dan Uruguay telah pun kemukakan bidaan bersama untuk menjadi hos sempena 100 tahun edisi pertandingan berprestij dunia itu, namun Pinera dalam Twitternya berkata kesemua presiden negara itu telah bersetuju dengan penyertaan Chile selaku calon bersama.

