Premium
Amir Khan mahu 'kuasai' MMA pula
Jaguh tinju rancang perkenal Liga MMA di serata Britain, akur cabang sukan kian pesat berkembang
Jan 15, 2017 | 5:30 AM
KERJAYA TINJU BELUM BERAKHIR: Sekalipun giat menyertai pasaran MMA, jaguh tinju Britain, Amir Khan, dijangka memasuki gelanggang tinju lagi tahun ini, menentang Kell Brook pada Mei nanti. - Foto-foto AGENSI BERITA -
LONDON: Sukan tinju mengharumkan namanya tetapi jaguh Britain, Amir Khan, merancang memperkenalkan pula liga berpasukan bagi seni mempertahankan diri campuran (MMA) di negaranya itu tahun ini.
Dipanggil 'Super Fight League', ia dijangka mengetengahkan lapan pasukan dari serata Britain yang akan bertarung mengikut format liga.

