Premium
Aidil sahut cabaran 'bina' semula Home
Skuad musim ini tampilkan sehingga 12 muka baru yang diharap dapat bantu cabaran pasukan dalam kejohanan domestik dan juga Piala AFC
Jan 21, 2018 | 5:30 AM
MUNGKIN tiada kelab lain yang lebih terjejas daripada Home United menjelang persiapan menghadapi musim bola sepak tahun ini.
Pasukan bergelar The Protectors itu kehilangan bukan satu tetapi sehingga dua tenaga penyerang utama pasukan - Stipe Plazibat yang menyahut 'lamaran' Bangkok Glass manakala pemain lincah nasional Faris Ramli menandatangani kontrak dengan kelab Liga Super Malaysia (MSL), PKNS FC.


