Premium
Aguero 'kepeningan'
Nov 16, 2017 | 5:30 AM

TIBA-TIBA REBAH: Pemain Argentina Sergio Aguero (dua dari kiri) meraikan gol bersama pemain Argentina yang lain selepas menjaringkan gol kedua semalam. Namun beliau rebah di bilik persalinan kemudian. - Foto AFP -
MOSCOW: Bintang penyerang Sergio Aguero mencetuskan kebimbangan apabila beliau tiba-tiba rebah di bilik salin pakaian pasukan semasa waktu rehat ketika kekalahan 2-4 kepada Nigeria dalam satu perlawanan persahabatan di Krasnodar, Russia, kelmarin.
Persekutuan Bola Sepak Argentina, melalui kenyataannya, berkata bahawa Aguero telah dikejarkan bagi mendapat pemeriksaan kesihatan biasa sambil menambah bahawa bintang pasukannya itu "kini berada dalam keadaan sihat".

