Premium
Amir tekad tumbangkan lawan buat bapa
Atlet MMA SG bertarung dengan Rahul Raju dari India dengan matlamat jadikan ayah yang derita barah tahap empat 'bapa paling bangga di dunia'
Oct 9, 2020 | 5:30 AM
MEMBANGGAKAN "penyokong terbesar dan wira" beliau menjadi motivasi kuat bagi atlet seni bela diri campuran (MMA) Singapura Amir Khan merebut kemenangan, apabila beliau kembali beraksi dalam gelanggang One Championship - buat pertama kali dalam tujuh bulan dek pandemik Covid-19 - malam ini.
Amir, 25 tahun, tujukan perlawanan itu khas buat bapanya, Encik Tajudeen Ansari, 61 tahun, yang didiagnos menghidap barah otak tahap empat dua bulan lalu.

