SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

36 kelab antarabangsa sertai festival pertandingan bola sepak

36 kelab antarabangsa sertai festival pertandingan bola sepak

Faster Football Singapore akan berlangsung dari 24 hingga 26 Jul di Our Tampines Hub (OTH)
Apr 8, 2026 | 4:59 PM

36 kelab antarabangsa sertai festival pertandingan bola sepak

Lebih 350 pemain yang mewakili 36 kelab bola sepak antarabangsa bakal berentap dalam festival Faster Football Singapore yang akan berlangsung di Our Tampines Hub (OTH) dari 24 hingga 26 Julai.
Lebih 350 pemain yang mewakili 36 kelab bola sepak antarabangsa bakal berentap dalam festival Faster Football Singapore yang akan berlangsung di Our Tampines Hub (OTH) dari 24 hingga 26 Julai. - Foto FASTER FOOTBALL

Peminat bola sepak boleh menantikan acara pertandingan bola sepak tujuh pemain sepasukan yang berintensiti tinggi melibatkan beberapa kelab serantau dan antarabangsa.

Acara yang dinamakan Faster Football Singapore itu akan berlangsung dari 24 hingga 26 Julai.

Pertandingan tersebut akan menampilkan kelab pasukan seperti Borussia Dortmund, Leicester City, Coventry City, Queens Park Rangers, Persib, Yokohama F. Marinos dan Vasco da Gama.

Dalam satu kenyataan media pada 1 April, Faster Football mengumumkan acara ini bakal diadakan di Our Tampines Hub (OTH).

Kali pertama diadakan pada Julai 2025, acara pertandingan itu telah berlangsung di Stadium Jalan Besar di bawah jenama Soccer7sSeries.

Pada 2026, peminat bakal menyaksikan lebih 350 pemain yang mewakili 36 kelab dari serata dunia.

Sebanyak 95 perlawanan pantas dengan tempoh hanya tujuh minit bagi satu separuh masa bakal berlangsung sepanjang acara tiga hari ini di padang saiz penuh.

Selain menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung secara berturut-turut, Faster Football akan turut mengadakan festival meriah di OTH yang merangkumi kegiatan seronok buat seisi keluarga.

Peminat boleh menantikan sesi beramah mesra bersama pemain di samping menikmati pilihan luas bagi makanan, minuman dan hiburan yang meraikan budaya tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Faster Football, Dom Lane, acara pertandingan Faster Football itu merupakan acara eksklusif dengan peminat boleh menyaksikan pemain legenda Singapura seperti Shahril Ishak dan Khairul Amri berentap dengan pemain legenda Borussia Dortmund.

“Dengan barisan perlawanan yang menarik bagi Faster Football kategori Lelaki, Wanita dan Masters, ia bermakna ada sesuatu untuk disajikan kepada seisi keluarga.

“Peminat suka format pertandingan ini dengan empat perlawanan berlangsung pada setiap jam,” kata beliau.

Bekas kapten kelab Leicester City, Wes Morgan, yang memenangi Liga Perdana England (EPL) 2016 dan juga Faster Football Singapore 2025 kategori Masters, menyambut baik akan usaha penganjuran acara pertandingan ini.

“Singapura tahun lalu (2025) merupakan satu pengalaman dan lokasi yang baik.

“Pemain begitu teruja untuk menjelajah, bertemu sesama kita kembali dan lakukan apa yang kita sukai iaitu bermain bola sepak yang pantas, bersaing dan menyeronokkan.

Ikon bola sepak Singapura, Encik Abbas Saad, yang pernah menyarung jersi Singapura dalam Piala Malaysia, turut meluahkan keghairahannya untuk melibatkan diri dalam acara ini.

“Ia merupakan salah satu detik yang menyeronokkan sepanjang tahun. Kita semua suka akan acara pertandingan ini.

“Faster Football akan diadakan seminggu selepas peringkat akhir Piala Dunia 2026. Ini bermakna ramai orang akan terus dapat menikmati festival bola sepak yang menakjubkan,” jelas beliau.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang festival Faster Football Singapore 2026 melalui lelaman faster-football.com.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg