Topic followed successfully
Go to BHku2 gol Ronaldo bawa kemenangan Al Nassr ke atas Al Najma
2 gol Ronaldo bawa kemenangan Al Nassr ke atas Al Najma
Apr 4, 2026 | 2:16 PM
2 gol Ronaldo bawa kemenangan Al Nassr ke atas Al Najma
Cristiano Ronaldo meraikan jaringan gol ketiga Al Nassr bersama rakan sepasukannya dalam perlawanan menentang Al Najmah di Al Awwal Park, Riyadh, Arab Saudi, pada 3 April. - Foto REUTERS
RIYADH: Cristiano Ronaldo menandakan kepulangannya selepas berehat selama sebulan akibat kecederaan dengan menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua ketika Al Nassr mengekalkan rentak kemenangan dengan menewaskan pasukan tercorot Al Najma, 5-2, dalam Liga Pro Saudi pada 3 April.
Penyerang Portugal itu, yang diketepikan sejak Februari, telah terlepas dua perlawanan liga Al Nassr sebelum ini dan juga diketepikan daripada perlawanan persahabatan Portugal menentang Mexico dan Amerika Syarikat pada Mac.
Laporan berkaitan
Ronaldo enggan bersara sebelum jaring 1,000 golDec 30, 2025 | 11:54 AM
Ronaldo rai Hari Kebangsaan Saudi dengan pakaian tradisionalSep 24, 2025 | 11:51 AM

