SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

WP lancar siri bincang isu perumahan di TikTok

WP lancar siri bincang isu perumahan di TikTok

Aug 15, 2023 | 7:31 PM

WP lancar siri bincang isu perumahan di TikTok

SIRI TIKTOK: Parti Pekerja (WP) akan melancarkan siri ‘Let’s Talk’ di TikTok yang membincangkan isu-isu berkaitan perumahan awam.
SIRI TIKTOK: Parti Pekerja (WP) akan melancarkan siri ‘Let’s Talk’ di TikTok yang membincangkan isu-isu berkaitan perumahan awam. - Foto PARTI PEKERJA

Parti Pekerja (WP) akan melancarkan siri ‘Let’s Talk’ di TikTok yang membincangkan isu-isu berkaitan perumahan awam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, WP berkata siri perintis itu “berharap dapat melibatkan lebih ramai rakyat Singapura dalam isu dasar yang bergema dan menjadi kebimbangan utama rakyat”.

Antara isu yang akan dibincangkan termasuk ketermampuan bagi pembelian flat baru dan kecukupan bagi persaraan.

Siri tersebut akan menawarkan empat episod yang akan dikeluarkan dari 16 hingga 19 Ogos. Antara isu-isu yang akan dibincangkan termasuk Skim Beli Balik Pajakan (LBS) dan Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (Sers).

Episod keempat akan menampilkan dua Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, Encik Louis Chua dan Profesor Madya Jamus Lim, yang akan membentangkan dasar perumahan awam alternatif yang dicadangkan oleh WP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg