Premium
Warga beri penghormatan
Aug 26, 2016 | 5:30 AM

MENGHARGAI DAN MENGHORMATI JASA MANTAN PRESIDEN: Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram (dua dari kanan), bersama (dari kanan) Dekan Akademi Muis, Dr Albakri Ahmad, mantan Mufti Syed Isa Semait, Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Hassan Maricar, dan beberapa pegawai Muis lain sedang memberikan penghormatan dan penghargaan terhadap jasa mendiang mantan Presiden S R Nathan semasa berkunjung ke Bangunan Parlimen semalam. - Foto M.O. SALLEH -
RIBUAN rakyat Singapura daripada setiap lapisan masyarakat meluangkan masa memberi penghormatan terkahir kepada mantan Presiden S R Nathan di Bangunan Parlimen semalam.
Di bawah sebuah khemah besar yang didirikan di Padang, mereka sedia beratur dengan tertib menanti giliran menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki Bangunan Parlimen, tempat jenazah mendiang diletak bagi Penghormatan Negara.

