Topik diikuti
Pergi ke BHkuVisi, sumbangan Yaacob tingkat kemajuan masyarakat Melayu dihargai
May 4, 2018 | 5:30 AM
Visi, sumbangan Yaacob tingkat kemajuan masyarakat Melayu dihargai
USAHANYA dalam memastikan masyarakat Melayu/Islam Singapura mampu menghadapi arus kemajuan, terutama sekali melalui pendidikan, merupakan antara sumbangan utama Dr Yaacob Ibrahim semasa menyandang jawatan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam selama 16 tahun.
Penghargaan masyarakat Melayu/Islam di atas sumbangan-sumbangannya itu 'diutarakan' kelmarin dalam satu majlis makan malam anjuran Yayasan Mendaki di the Grand Hyatt Hotel.
