Topik diikuti
Pergi ke BHkuUsahawan: Berita palsu boleh jejas hubungan masyarakat, ada libatkan isu Sunni-Syiah
Usahawan: Berita palsu boleh jejas hubungan masyarakat, ada libatkan isu Sunni-Syiah
SEBARAN kenyataan atau berita palsu menerusi khidmat mesej WhatsApp dan media sosial Facebook semakin berleluasa dan bagi masyarakat Melayu, kepalsuan sedemikian sering menyentuh isu masyarakat dan agama, kata seorang usahawan kepada Jawatankuasa Pilihan.
Memberikan contoh, Encik Hazrul A. Jamari berkata kebanyakan kepalsuan menyentuh isu makanan halal.
