Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha pertingkat sedar cabaran OKU guna pengangkutan awam

Nov 10, 2022 | 5:30 AM
TONJOL BUDAYA PRIHATIN: Ilustrasi oleh pelajar CPASS yang menunjukkan penumpang dan kapten bas membantu penumpang kurang upaya dipapar di bahagian luar perkhidmatan bas 358. - Foto GO-AHEAD SINGAPORE
TONJOL BUDAYA PRIHATIN: Ilustrasi oleh pelajar CPASS yang menunjukkan penumpang dan kapten bas membantu penumpang kurang upaya dipapar di bahagian luar perkhidmatan bas 358. - Foto GO-AHEAD SINGAPORE -

SATU inisiatif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keperluan dan cabaran yang dihadapi orang kurang upaya (OKU) semasa menaiki pengangkutan awam dilancarkan semalam.

Inisiatif yang dipanggil Care Bus (Bas Prihatin) itu adalah usaha salah satu daripada empat pengendali pengangkutan awam Singapura, Go-Ahead Singapore, dan Jawatankuasa Penumpang Caring SG dengan kerjasama Sekolah Persekutuan Palsi Serebral Singapura (CPASS).

Ia sebahagian daripada gerakan Penumpang Caring SG dan disokong oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) serta Majlis Pengangkutan Awam (PTC).

Sebagai sebahagian inisiatif itu, ilustrasi yang dilukis tangan oleh pelajar CPASS, yang memaparkan budaya penumpang dan kapten bas prihatin dan inklusif - membantu mereka yang memerlukan bantuan semasa perjalanan - dipapar di bahagian luar perkhidmatan bas 358 dan di perhentian bas bertentangan dan di luar CPASS.

Bas nombor 358 itu menyediakan perkhidmatan di kawasan Pasir Ris, termasuk CPASS.

Ilustrasi tersebut diadaptasi daripada karya seni yang direka tiga pelajar CPASS - Yan Jia Yi, 17 tahun, Aloysius Gan, 16 tahun, dan Asher Das, 13 tahun.

Pelajar Maktab Rendah Tampines Meridian (TMJC) juga telah berikrar akan menjaga penumpang CPASS di dalam bas.

Pengarah Urusan Go-Ahead Singapore, Encik Andrew Thompson, berkata: "Go-Ahead Singapore komited untuk menjaga setiap perjalanan.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Jawatankuasa Penumpang Caring SG dan CPASS dalam inisiatif bermakna ini.

"Ia menggalak rasa hormat dan membantu penumpang yang memerlukan lebih penjagaan dan perhatian, sejajar dengan visi Singapura berhubung sistem pengangkutan awam prihatin dan inklusif.

"Inisiatif ini juga menyediakan wadah untuk pelajar berkeperluan khas mempamerkan bakat mereka."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg