Topic followed successfully
Go to BHkuUsaha New Life Stories sejajar matlamat peta laluan NCSS
Premium
Usaha New Life Stories sejajar matlamat peta laluan NCSS
Jul 10, 2017 | 5:30 AM
Usaha New Life Stories sejajar matlamat peta laluan NCSS
CARI CARA INOVATIF BANTU ANAK BANDUAN: Bagi memastikan anak-anak ini tidak ketinggalan dari segi pendidikan, Cik Saleemah (tengah) dengan dibantu Cik Rosie Smith (kiri) dan Cik Salmiza Zainon membantu membangunkan kemahiran pro-sosial dan membaca, terutama dalam tempoh prasekolah. - Foto JOHARI RAHMAT -
WALAU tanpa kehadiran ibu mereka, pendidikan anak wanita yang dipenjara tetap tidak harus diabai, demikian pegangan pengarah dan pemilik bersama badan bukan mengaup keuntungan New Life Stories, Cik Saleemah Ismail.
Bagi memberi penekanan terhadap kepentingan keperluan ini, program di New Life Stories mengemukakan teknik inovatif pendidikan yang membolehkan ibu-ibu yang kini dipenjarakan merakam suara mereka ketika membaca cerita kemudiannya dimainkan semula kepada anak kecil mereka.

