Usaha kutip derma bagi keluarga pelajar maut terhempap palang gol
Premium
Usaha kutip derma bagi keluarga pelajar maut terhempap palang gol
Apr 28, 2017 | 5:30 AM
ALLAHYARHAM MUHAMMAD HAMBALI: Usaha mengumpul derma bagi keluarga Allahyarham dimulakan Cik Ameera Begum di laman crowdfunding LaunchGood. - Foto SARAH AQILAH -
KISAH pelajar Allahyarham Muhammad Hambali Sumathi yang meninggal dunia selepas terhempap palang gol semasa kelas pendidikan jasmani (PE) di sekolahnya menyentuh hati ramai warga Singapura hingga ada memulakan usaha mengumpul dana bagi keluarganya.
Tinjauan Berita Harian menunjukkan satu kempen telah dimulakan oleh Cik Ameera Begum Mohamed Aslam, 29 tahun, di laman memungut sumbangan awam (crowdfunding) LaunchGood.

