SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Usaha 'digitalkan' Kampong Gelam boleh rancakkan perniagaan

Usaha 'digitalkan' Kampong Gelam boleh rancakkan perniagaan

Mar 8, 2018 | 3:44 PM

Usaha 'digitalkan' Kampong Gelam boleh rancakkan perniagaan

PELAN UNTUK KG GELAM: Rancangan 'mendigitalkan' Kampong Gelam dijangka boleh tonjolkan sejarah dan budaya.
PELAN UNTUK KG GELAM: Rancangan 'mendigitalkan' Kampong Gelam dijangka boleh tonjolkan sejarah dan budaya. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

RANCANGAN 'mendigitalkan' kawasan Kampong Gelam boleh menonjolkan kekayaan khazanah sejarah dan budaya kawasan itu kepada generasi muda Singapura, malah kepada seluruh dunia.

Menyatakan demikian, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata peniaga kawasan itu juga boleh menggunakan teknologi bagi merancakkan perniagaan mereka.

Kawasan itu mempunyai 200 peniaga di sekitar North Bridge Road, Kandahar Street, Beach Road dan Ophir Road.

Antara matlamat projek tersebut adalah meningkatkan daya penghasilan peniaga dengan menyediakan mereka huraian tempat jualan.

Selain itu, pengunjung juga boleh menjangkakan pembayaran tanpa tunai atau menerusi telefon bimbit, perkhidmatan penghantaran, serta aplikasi mudah alih yang menawarkan jejak perjalanan dengan realiti tambahan (AR).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg