Topic followed successfully
Go to BHkuTujuh strategi bangun masa depan ekonomi SG
Tujuh strategi bangun masa depan ekonomi SG
Tujuh strategi bangun masa depan ekonomi SG
JAWATANKUASA Ekonomi Masa Hadapan (CFE) membentangkan tujuh strategi teras semalam, untuk memastikan Singapura kekal terbuka; dan bagi meluaskan keupayaan syarikat dan pekerja untuk terus berinovasi dan kekal relevan dalam ekonomi dunia yang berubah.
Tujuh strategi teras itu adalah - mempererat dan mempelbagai hubungan antarabangsa Singapura; memperolehi dan menggunakan kemahiran tinggi; meningkatkan keupayaan perusahaan untuk berinovasi dan maju; membina keupayaan digital yang kukuh; membangunkan sebuah bandar yang bertenaga dan saling terhubung yang mempunyai banyak peluang; membangunkan dan melaksanakan Perancangan Perubahan Industri (ITM); dan saling membantu untuk berinovasi dan maju.

