Trump, Kim lahir tekad kerjasama
Jun 12, 2018 | 10:55 AM
- FOTO BH OLEH KEVIN LIM
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong Un berkata beliau terbuka untuk bekerjasama secara rapat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Encik Kim berkata kerjasama itu pasti mencabar namun beliau bertekad melakukannya.
Dalam pada itu, Encik Trump pula berkata beliau dan Encik Kim akan cuba sedaya upaya untuk menghuraikan "masalah besar, dilema besar" dan dengan bekerjasama "kami akan dapat mengatasinya".

