SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tiga pengarah AMP baru dilantik

Tiga pengarah AMP baru dilantik

Dec 6, 2025 | 1:36 PM

Tiga pengarah AMP baru dilantik

Tiga pengarah baru telah dilantik AMP Singapura dalam usaha untuk terus memperkukuh inisiatif yang menyokong kemajuan masyarakat.

Mereka yang dilantik dalam lembaga pengarah itu ialah Cik Jaraniah Bamadhaj, Pengurus Kewangan/HR & Pengurus Pejabat di Social Innovation Park; Encik Khairul Hilmi Mohd Khair, Ketua Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia di Stroke Support Station serta Encik Muhammad Azzad Ahmad, Ketua CFS Islamic di Maybank.

Menurut AMP dalam satu catatan di Facebook, pengalaman luas serta kepimpinan mereka akan memandu usaha pertubuhan itu dalam membangunkan peluang, meningkatkan mobiliti sosial dan memperkasa keluarga serta individu dalam mencapai kemajuan. 

Dalam pada itu, AMP merakamkan penghargaan kepada Timbalan Pengerusi, Cik Siti Mariam Mohamad Salim, serta dua anggota lembaga, Encik Muhammed Faiz dan Encik Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, yang berundur daripada jawatan masing-masing.

 AMP berkata bahawa kepimpinan dan sumbangan mereka selama ini telah memainkan peranan dalam membantu membentuk perkembangan organisasi serta perkhidmatan kepada masyarakat.

“AMP akan terus melangkah dengan tujuan yang jelas dan komited untuk melaksanakan program yang memberi kesan nyata kepada masyarakat,” menurut pertubuhan itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg