Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga jalan raya baru akan dibuka di estet Bidadari pada 14 Januari

Jan 6, 2018 | 1:21 PM
JALAN RAYA BARU: Penduduk boleh berjalan dan menunggang basikal di Bidadari Greenway dekat Bidadari Park Drive.
JALAN RAYA BARU: Penduduk boleh berjalan dan menunggang basikal di Bidadari Greenway dekat Bidadari Park Drive. - Foto HDB

MULAI 14 Januari, tiga jalan raya baru di estet Bidadari akan dibuka sebahagiannya bagi memenuhi pembangunan akan datang di kawasan tersebut.

Jalan raya tersebut termasuk Bidadari Park Drive, Alkaff Crescent dan Woodleigh Link.

Dengan pembukaan jalan-jalan raya baru ini, tiga simpang berisyarat baru juga akan mula beroperasi di tempat-tempat berikut untuk mempermudahkan pergerakan kenderaan dan pejalan kaki.

Tiga simpang baru itu adalah Bidadari Park Drive/Upper Serangoon Road, Bidadari Park Drive/ Upper Aljunied Road dan Bidadari Park Drive/ Alkaff Crescent.

Pelan bagi pembangunan estet Bidadari telah dibangunkan secara berperingkat.

Sejak November 2015, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah melancarkan sekitar 6,100 flat di tujuh projek perumahan awam generasi baru seperti Alkaff Lakeview, Alkaff Oasis, Woodleigh Glen dan Woodleigh Village.

Oleh itu, jalan raya baru ini dijangka memenuhi keperluan pembangunan yang bakal dibangunkan di estet Bidadari itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg