Premium
Tidak kekok jadi satu-satunya guru tadika lelaki
Jan 13, 2017 | 5:30 AM
KERJAYA KURANG DICEBURI LELAKI: Encik Firdaus kini bertugas sebagai guru tadika di Masjid Mujahidin. Di sebelahnya, Pengurus pendidikan masjid itu, Cik Srimaslinda Sharif. - Foto NUR DHUHA ESOOF -
KERAMAHAN dan kemesraan seorang doktor yang merawat Encik Firdaus Mohd Abdullah selama empat tahun apabila beliau menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) benar-benar meninggalkan kesan dalam dirinya.
Encik Firdaus berazam menjadi seperti doktor itu - mesra bersama kanak-kanak dan prihatin tentang mereka - apabila beliau melangkah ke alam pekerjaan.

