Topic followed successfully
Go to BHkuTidak boleh pamer simbol berkaitan Israel, Palestin di Sudut Pidato bagi acara 11 April: Polis
Tidak boleh pamer simbol berkaitan Israel, Palestin di Sudut Pidato bagi acara 11 April: Polis
Tidak boleh pamer simbol berkaitan Israel, Palestin di Sudut Pidato bagi acara 11 April: Polis
Polis telah mengingatkan penganjur sebuah acara di Hong Lim Park pada 11 April supaya tidak mempamerkan simbol dan peralatan yang berkaitan dengan Israel atau Palestin.
Penganjur acara tersebut, yang telah diluluskan oleh Lembaga Taman Negara (NParks), harus memastikan agar acara itu kekal dalam skop yang diluluskan.
Dalam satu kenyataan bersama NParks pada 11 April, polis berkata penganjur juga tidak boleh membangkitkan isu-isu berkaitan konflik Israel-Hamas.
Peserta acara itu turut diingatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang sedia ada.
Mereka yang tidak mengikut peraturan Sudut Pidato (Speakers’ Corner) atau undang-undang akan disiasat, menurut kenyataan itu.
Polis berkata mereka sedia maklum tentang perhimpunan awam yang diluluskan oleh NParks itu, selepas penganjur menyatakan bahawa mereka akan mematuhi syarat-syarat untuk berucap di Sudut Pidato.
Kawasan Hong Lim Park dikhaskan bagi rakyat Singapura menganjurkan dan menyertai perhimpunan tanpa permit polis, tertakluk pada pematuhan undang-undang serta terma dan syarat yang ditetapkan.
Menurut kenyataan itu juga, NParks telah mengingatkan penganjur acara pada 11 April itu untuk memastikan acara tersebut dan ucapan yang berkaitan tidak menyentuh perkara berkaitan kaum dan agama.
Penganjur juga perlu memastikan tiada penyertaan warga asing, yang merupakan syarat bagi semua acara di Sudut Pidato.

