MENTERI Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata Singapura dan syarikatnya bersikap optimistik mengenai prospek di India.

Kedua-dua negara itu juga sedang meneroka kemungkinan untuk menjalin kerjasama lebih erat, termasuk dalam bidang maklumat perdagangan digital.