Premium
Terpanggil menyumbang setelah kembali ke tanah air
Feb 19, 2018 | 5:30 AM
YAKIN DAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI: Muka baru dalam Lembaga Pengarah (BOD) Angkatan Karyawan Islam (AMP), Dr Pengiran Hishamuddin Pengiran Badaruddin, menekankan perlunya seseorang itu mempunyai semangat yang kuat dalam diri sendiri daripada sekadar bergantung pada kata-kata orang di sekeliling yang mungkin cuba mematahkan semangat yang ada itu. - Foto BM oleh M.O. SALLEH -
BELIAU dilahirkan di Singapura, namun sebahagian besar hidupnya lebih banyak diluangkan di luar negara sama ada menetap, menuntut ataupun bekerja.
Ibarat sirih pulang ke gagang, Dr Pengiran Hishamuddin Pengiran Badaruddin, 46 tahun, yang pernah menetap di Brunei dan Amerika Syarikat selain belajar di United Kingdom (UK) kembali ke Singapura pada 2010 untuk bertugas dan kini menabur bakti pula demi masyarakat.

