Premium
Terminal baru Seletar boleh tampung 700,000 penumpang
Oct 21, 2016 | 5:30 AM

PEMBETONAN: (Dari kiri) Encik Kevin Shum, Ketua Pengarah CAAS; Encik Lee Hsien Yang, Pengerusi CAAS; Encik Khaw; Encik Lee Seow Hiang, Ketua Pegawai Eksekutif Changi Airport Group; dan Encik See Seng Wan, Pengurus Besar Lapangan Terbang Seletar; dalam majlis merasmikan pembinaan terminal penumpang baru di Seletar semalam. - Foto THE STRAITS TIMES -
TERMINAL penumpang baru, yang dianggar bernilai $50 juta, di Lapangan Terbang Seletar direka bagi menampung 700,000 penumpang setahun - lebih ramai daripada 26,700 penumpang yang dikendalikan tahun lalu.
Terminal dua tingkat seluas 9,500 meter persegi itu pun dijangka siap akhir 2018.

