Topik diikuti
Pergi ke BHkuTampines Mall dibuka semula selepas kebakaran
Foto PEMBACA THE STRAITS TIMES
Tampines Mall dibuka semula selepas kebakaran
SEORANG lelaki dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) kerana terhidu asap menyusuli kebakaran di pusat beli-belah Tampines Mall petang tadi (18 April).
Kebakaran itu berpunca daripada sebuah alat penggoreng yang digunakan di sebuah pesta makanan Jepun yang berlangsung di pusat beli-belah itu.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata orang ramai memadamkan api itu menggunakan alat pemadam api dan hos air sebelum pegawai SCDF tiba sekitar 4.35 petang.
Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai diarah keluar buat seketika namun pusat beli-belah itu dibuka semula pada 7 malam.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
