Topik diikuti
Pergi ke BHkuTabung derma TAA di Lapangan Terbang Changi
Foto BERITA HARIAN OLEH ALVIN HO
Tabung derma TAA di Lapangan Terbang Changi
TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) telah meletakkan tabung derma pertamanya di Lapangan Terbang Changi bagi mendekati lebih ramai penderma dalam usahanya mencapai sasaran dana sebanyak $850,000 bagi kempen Ramadan tahun ini.
Tabung derma itu diletakkan di besmen dua di Terminal 3, dekat bazar pra-Ramadan Celebrat3 anjuran RoseValley.
Majlis pelancarannya semalam (5 May) diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat, Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.
Tabung itu akan terus berada di tempat tersebut bersama bazar pra-Ramadan Celebrat3 yang berlangsung selama dua minggu sehingga 17 Mei.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
