Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syukur 25 rai ulang tahun ke-25 Sri Warisan Som Said

Nov 20, 2022 | 7:47 AM
SENTIASA BERSAMA: Encik Ahmad Syawal (duduk kiri) merupakan suami yang menjadi tulang belakang kerjaya Cik Som Said (duduk kanan) dalam bidang tari, disingkap dalam pementasan Syukur 25 - sempena ulang tahun Sri Warisan Som Said yang ke-25. - Foto BM oleh HANIM MOHD SALEH
SENTIASA BERSAMA: Encik Ahmad Syawal (duduk kiri) merupakan suami yang menjadi tulang belakang kerjaya Cik Som Said (duduk kanan) dalam bidang tari, disingkap dalam pementasan Syukur 25 - sempena ulang tahun Sri Warisan Som Said yang ke-25. - Foto BM oleh HANIM MOHD SALEH -

PERJALANAN yang penuh berliku aditari Melayu, Cik Som Said memperjuangkan masa depan seni tari Melayu secara profesional dengan suaminya, Encik Ahmad Syawal sebagai tulang belakang utama telah disingkap kelmarin dan malam tadi.

Pementasan Syukur 25, sempena 25 tahun penubuhan Sri Warisan Som Said, berlangsung di Festive Theatre, Our Tampines Hub telah dihadiri ramai pemimpin Melayu dalam badan-badan kebudayaan dan kemasyarakatan dan dan para penggiat seni tempatan.

Pementasan itu memberi penghormatan kepada pasangan suami isteri itu yang tabah mengharungi pelbagai dugaan untuk membangunkan pelbagai program seni dan memberi peluang kepada penari Melayu untuk menjadikan bidang itu sebagai satu kerjaya.

Mereka dapat melakukan ini dengan mendapatkan kelulusan menjalankan program pendidikan seni di sekolah-sekolah, promosi pelancongan dan korporat selain menimba pengalaman luar negeri dengan menyertai festival-festival antarabangsa seluruh dunia.

Watak Cik Som telah dimainkan dengan cemerlang oleh pelakon teater Dalifah Shahril sementara watak Encik Ahmad dibawakan oleh Shahril Wahid.

Menurut penerbit pementasan, Cik Marina Yusof, acara penghormatan itu telah dirahsiakan daripada pengetahuan Cik Som dan Encik Ahmad, sebagai kejutan istimewa untuk mereka.

Cik Som, ketika naik ke pentas di akhir persembahan tidak dapat menahan sebak sehingga sukar mengeluarkan kata-kata.

"Saya hilang kata-kata. Terima kasih semua,"' kata Cik Som, sebak.

Mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, salah seorang tetamu yang diundang naik ke pentas di akhir persembahan, secara spontan berkongsi pandangannya tentang sumbangan Cik Som. "Som adalah simbol warisan. Di balik tabir, Encik Ahmad adalah jiwanya. Som bukan saja simbol warisan Melayu, bahkan warisan seni Singapura. Semoga beliau terus sihat dan kuat untuk terus menjadi simbol kebanggaan kita," kata Encik Zainul.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg