SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Syarikat tersenarai, Biolidics akan edarkan kit ujian Covid-19 di Amerika

Syarikat tersenarai, Biolidics akan edarkan kit ujian Covid-19 di Amerika

Apr 13, 2020 | 10:09 AM

Syarikat tersenarai, Biolidics akan edarkan kit ujian Covid-19 di Amerika

Kit ini akan dibenarkan untuk digunakan oleh makmal klinikal atau pekerja penjagaan kesihatan untuk ujian di pusat penjagaan, tetapi bukan untuk ujian di rumah.
Kit ini akan dibenarkan untuk digunakan oleh makmal klinikal atau pekerja penjagaan kesihatan untuk ujian di pusat penjagaan, tetapi bukan untuk ujian di rumah. - BIOLIDICS LIMITED

Syarikat diagnostik barah berpangkalan di Singapura, Biolidics pada Isnin (13 April) berkata ia telah memaklumkan dan menerima pengakuan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi pengedaran kit ujian Covid-19 di Amerika.

Kit oleh syarikat tersenarai di Catalist itu, akan dibenarkan untuk digunakan oleh makmal klinikal atau pekerja penjagaan kesihatan untuk ujian di pusat penjagaan, tetapi bukan untuk ujian di rumah.

Biolidics berkata bahawa kit ujian itu belum mendapat kelulusan penggunaan kecemasan oleh FDA, menurut laporan The Business Times.

Syarikat itu harus melengkapkan penyenaraian kit Covid-19 sebelum ia dapat diedarkan, dipasarkan dan dijual.

Ia menjelaskan ia dalam proses melengkapkan penyenaraian itu tanpa menentukan garis masa.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg