SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Syarikat perabot S’pura, Castlery buka kedai fizikal pertama di New York

Syarikat perabot S’pura, Castlery buka kedai fizikal pertama di New York

Mar 25, 2026 | 3:50 PM

Syarikat perabot S’pura, Castlery buka kedai fizikal pertama di New York

Gambaran artis bagi kedai utama seluas 3,000 kaki persegi milik jenama perabot Singapura, Castlery, di New York, Amerika Syarikat yang akan dibuka pada 15 Mei. Bilik pameran tersebut terletak di Chelsea, di 120 West 18th Street.
Gambaran artis bagi kedai utama seluas 3,000 kaki persegi milik jenama perabot Singapura, Castlery, di New York, Amerika Syarikat yang akan dibuka pada 15 Mei. Bilik pameran tersebut terletak di Chelsea, di 120 West 18th Street. - Foto CASTLERY, NEW YORK

Jenama perabot Singapura, Castlery, akan membuka kedai utama seluas 3,000 kaki persegi (psf) di New York pada 15 Mei, meskipun berdepan ancaman ekonomi global.

Ini menjadikannya jenama reka bentuk Singapura pertama memiliki kedai fizikal di Amerika, menurut Majlis DesignSingapore (DSG).

Pengasas bersama, Encik Declan Ee, 43 tahun, mendedahkan pemilihan lokasi di Chelsea (120 West 18th Street), mengambil masa dua tahun dan merangkumi lebih 200 lawatan tapak di Manhattan.

Kawasan reka bentuk utama ini turut menempatkan jenama terkenal seperti West Elm dan Room & Board.

Bilik pameran itu akan memaparkan 17 set perabot pilihan, khidmat nasihat penggayaan percuma, serta konsep reka bentuk yang menelusuri isu ruang bandar di Singapura dan New York.

“Walaupun teruja dan bangga, kami sedar akan cabaran global seperti ketegangan politik, tarif dan kos meningkat. Ia langkah berani, namun berhati-hati,” ujar Encik Ee.

Castlery, yang ditubuhkan pada 2013 oleh empat pengasas berlatar belakang kewangan, kejuruteraan, teknologi dan logistik, tidak asing dengan krisis.

Semasa pandemik Covid-19, syarikat itu beralih ke jualan dalam talian, menggunakan teknologi realiti tambahan agar pelanggan dapat menyusun atur perabot secara digital.

Kini, Castlery beroperasi secara dalam talian di Amerika (menyumbang 70% pendapatan), Australia, Singapura, UK dan Canada.

Perabotnya dihasilkan di seluruh Asia, dengan harga berpatutan seragam di seluruh dunia.

Bagi Encik Ee, kedai fizikal ini melengkapi pengalaman pelanggan, menjana kepercayaan dan mempercepat pembelian.

Beliau menekankan fokus syarikat adalah memahami keperluan pelanggan – dari reka bentuk, fungsi, hingga penghantaran.

“Kita tidak boleh mengawal arah angin, tetapi kita boleh membina layar untuk bergerak dengan yakin apabila peluang tiba,” kata Encik Ee.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg