Syah Ibrahim buka Orange Ballroom kedua di Hotel Orchard Rendezvous
Premium
Syah Ibrahim buka Orange Ballroom kedua di Hotel Orchard Rendezvous
Jan 14, 2019 | 5:30 AM
BUKA CAWANGAN BARU: Encik Syah Ibrahim membuka Orange Ballroom@Orchard yang terletak di Hotel Orchard Rendezvous bagi menampung permintaan yang semakin meningkat bagi tempahan majlis walimah. Tempahan majlis walimah di dewan majlis Orange Ballroom di Tanjong Katong Complex sudah penuh pada tahun ini dan hampir penuh pada tahun depan. - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER -
APABILA personaliti media dan usahawan, Encik Syah Ibrahim menubuhkan dewan majlis Orange Ballroom di Tanjong Katong Complex empat tahun lalu, beliau berazam membuka dua lagi dewan majlis di tempat lain pada 2019.
Impian beliau menjadi nyata dengan kehadiran Orange Ballroom@Orchard yang terletak di Hotel Orchard Rendezvous.

