SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Suspek rompakan ragut ditangkap

Suspek rompakan ragut ditangkap

Jul 8, 2016 | 12:13 PM

Suspek rompakan ragut ditangkap

Suspek merampas beg tangan seorang wanita dekat simpang Petain Road dan Sturdee Road pada Khamis minggu lepas (30 Jun).
Suspek merampas beg tangan seorang wanita dekat simpang Petain Road dan Sturdee Road pada Khamis minggu lepas (30 Jun). - GAMBAR HIASAN

SEORANG lelaki berusia 25 tahun yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita telah ditangkap.

Kecurian ragut itu berlaku dekat simpang Petain Road dan Sturdee Road pada Khamis minggu lepas (30 Jun), kata polis dalam satu kenyataan pada Jumaat (8 Julai).

Seorang wanita berusia 36 tahun melaporkan pada 1.03 pagi pada 30 Jun bahawa seorang lelaki tidak dikenali merampas beg tangannya dan melarikan diri.

Suspek ditahan di Dover Road seminggu kemudian.

Mereka yang didapati bersalah bagi rompakan ragut boleh dikenakan hukuman penjara antara satu dan tujuh tahun. Mereka juga boleh disebat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg